Saturday, August 1, 2009

1 Ogos & Demo Mansuh ISA...

Salam Ukhuwwah..

Siang tadi berlangsungnya demo suara hati rakyat menuntut Mansuhkan ISA. Ramai yang bertanya pandangan dan pendapat kerana KP JAKIM menyatakan ISA adalah HALAL. Bagi yang bertanya, telah saya jawab dan sebagai memperingati jawapan-jawapan tu, dimuatkan di dalam blog ini.

ADAKAH ENTA BERSETUJU I.S.A DIMANSUHKAN ?

Jawapannya ialah YA kerana ISLAM mengajar saya tentang 3 perkara asas dalam keADILan ;

1. Seseorang yang disyakki bersalah tidak boleh dianggap sebagai bersalah sehinggalah dibuktikan benar-benar bersalah.

2. Hak seorang manusia (w'pun dia seorang kafir ataupun tidak punya sebarang beragama) untuk membela diri dalam apa jua keadaan.

3. Allah SWT sendiri menzahirkan keADILanNya bilamana di Hari Akhirat, semua akan dibicarakan dan setiap amalan serta kerja buat hambanya akan dihitung baik serta buruknya walau hanya sebesar zarrah.

Ketua Pengarah JAKIM

Saya dapat tahu, KP JAKIM berpendapat I.S.A itu halal. Dalil mana dia guna ? Al Quran mana dia pakai ? Hadith mana dia rujuk ? Ulama' mana dia bertanya ?

Sedutan Akhbar B.Harian Online - Ahad 02 Ogos 2009

PAPAR: Kerajaan akan terus mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak akan bersetuju dengan penghapusan akta tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

"Saya sering kali menjawab bagi pihak kerajaan bahawa kita tidak akan menghapus melainkan untuk kaji semula bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai ruang untuk penyalahgunaan kuasa.

"Jadi saya ingin menyatakan di sini bahawa menghapuskan ISA itu bukan agenda Barisan Nasional," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran blog dan web Pemuda Umno Papar di sini.
Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberi contoh, antara perkara yang boleh dipertimbangkan adalah pengurangan tempoh ditahan dari 60 hari kepada 30 hari.

Hari ini badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang membantah undang-undang itu mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kira-kira 200 orang yang terbabit dengan perhimpunan haram itu ditahan sehingga jam 4 petang ini.

Ulasanku ; Buatlah apa selagi kamu berkuasa, berusia dan sebelum malaikat datang meragut nyawa. Ingatlah ancaman Allah tentang manusia yang menolak ayat-ayatNya serta beranggapan perlembagaan ciptaan mereka yang terbaik; والذين كذبوا بأيتنا واستكبروا عنها لا تفتح لهم أبواب السماء ولا يدخلون الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط


No comments:

Post a Comment