Tuesday, July 28, 2009

شعبان

اليوم ستة من شعبان

Hari ni dah masuk hari ke 6 Syaaban..dengan lain perkataan kurang lebih 3 minggu lagi utk menyambut Ramadhan. Teringat semasa belajar di Mesir dulu...bila saja Ramadhan hampir menjelma, suasana berubah jadi meriah. Kedai-kedai memasang lampu dan sesetengah tu siap buat mini banner ...Ahlan Ya Ramadhan...

Semua tu telah berlalu.... September 1999 mula jejak kaki di Mesir .... Mei 2000 balik ..Julai 2000 balik Mesir .... Mei 2001 balik lagi dan bercuti panjang dan sempatmerasai hidup membujang bersama-sama kawan di Seri Gombak. Sambi tu ambil Diploma Syariah (short course sb transfer credit Kusza)... September 2002 kahwin....2 minggu pastu ke Jordan...2 minggu pastu terbang ke Mesir dan 2 minggu pastu balik semula ke Jordan.....2006, April balik Malaysia....

Alkisahnya...Ramadhan di negara Arab lebih meriah dan 'hidup' berbanding Ramadhan di Malaysia Al Hadhari

No comments:

Post a Comment