Padat..
Alhamdulillah w'pun dlm kepadatan jadual harian, dapat juga menghadirkan diri ke majlis kesyukuran utk Nur Fateha Anuar Tan di Panji dan Ct Asiah Zaidi di Ketereh. Kuzi kambing yang dinikmati selepas solat hajat tadi mampu membodek keletihan akibat terkejar-kejar ke sana. Maklumlah, sebolehnya permintaan utk imamkan solat hajat dapat ditunai.
Gembira dan Duka..
Kegembiraan terserlah diwajah mereka berdua, almaklumlah...nama sudah muqayyad dan lambaian Ardhul Kinanah semakin terbayang. Begitu juga dgn kedua ayahbonda mereka, rasa puas anak yang dikandung, ditimang dan didokong akan ke Bumi Para Nabi menimba ilmu sebagai jaminan masa hadapan. Pun gitu, jauh di sudut hati, kesedihan tetap ada..manakan tidak, berjauhan dengan anakanda tersayang bukan suatu perkara yang sedih.
Airport...
Realiti, tiap kali keberangkatan pelajar ke Benua itu, mengundang titisan air mata si ibu. Si bapa cekal, walaupun hatinya menangis tapi sekadar di hati. Wajah si AYAH cuba mengukir pesona suka,walaupun hatinya sedang menangis..bukan kerana dia malu matanya berair di airport mengiringi anakandanya tetapi itulah hebatnya LELAKI..
Sahabat....
Tabik buat Firdauz yang datang jauh dari KL nun di sana meraikan sahabatnya. Inilah yang dikatakan sebagai sahabat sejati...

No comments:
Post a Comment