Sunday, August 16, 2009

Al Itqan...

Salam...

ITQAN....hok ni payoh siket..baca blog memang suka dan wajib baca hari-hari tapi update blog...tak berapa nak rajin. Sebenarnya bukan takde event dan qadhiyah yang perlu dirakamkan di dalam laman ini, paling tidak sebagai diary maya utk diri sendiri tapi..yang agak menghalang semua ini ialah ;

1. hambatan masa & kerja- yang wajib perlu disempurnakan dulu. tanggungjawab terhadap kerja harian di pejabat..tu yg utama dan penggunaan ruang serta kemudahan di situ adalah utk kerja (tu yg utama)..nak update blog, tgk mail, news...balik rumah on broadband. Tak berapa suka didik diri guna kemudahan internet di pejabat utk update blog peribadi, nanti bila time nak tegur staf...tak menjadi.

2. tidak ITQAN.....tu je..sedang baginda Nabi telah berpesan...kerja yg baik itu ialah ITQAN walaupun sedikit...

Untuk itu, insya Allah semua event yg patut dimuatkan dalam blog ni akan menyusul nanti. Banyak isu sebenarnya.....emm, kita basuh tangan dulu sebelum makan...

Monday, August 3, 2009

Kutunggu

Makin hampir kita kepada bulan mulia Ramadhan Al Mubarak..cahaya dan kegembiraan Ramadhan sudah mula terasa walaupun Tanah Melayu panas dengan isu-isu kemanusiaan, politik, kesihatan, ekonomi...namun semua itu sebenarnya ISU AGAMA..selama mana sekalian makhluk ini berpegang dengan ISLAM, maka selama itu mereka akan terjaga dan dijaga.

Tahun ini rasa tertunggu-tunggu dengan kehadiran Ramadhan..masa kian cepat berlalu dan insya AlLah lagi kurang lebih 2 minggu ia tetap akan menjelma.

اللهم باركنا في شعبان وبلّغنا رمضان

Saturday, August 1, 2009

1 Ogos & Demo Mansuh ISA...

Salam Ukhuwwah..

Siang tadi berlangsungnya demo suara hati rakyat menuntut Mansuhkan ISA. Ramai yang bertanya pandangan dan pendapat kerana KP JAKIM menyatakan ISA adalah HALAL. Bagi yang bertanya, telah saya jawab dan sebagai memperingati jawapan-jawapan tu, dimuatkan di dalam blog ini.

ADAKAH ENTA BERSETUJU I.S.A DIMANSUHKAN ?

Jawapannya ialah YA kerana ISLAM mengajar saya tentang 3 perkara asas dalam keADILan ;

1. Seseorang yang disyakki bersalah tidak boleh dianggap sebagai bersalah sehinggalah dibuktikan benar-benar bersalah.

2. Hak seorang manusia (w'pun dia seorang kafir ataupun tidak punya sebarang beragama) untuk membela diri dalam apa jua keadaan.

3. Allah SWT sendiri menzahirkan keADILanNya bilamana di Hari Akhirat, semua akan dibicarakan dan setiap amalan serta kerja buat hambanya akan dihitung baik serta buruknya walau hanya sebesar zarrah.

Ketua Pengarah JAKIM

Saya dapat tahu, KP JAKIM berpendapat I.S.A itu halal. Dalil mana dia guna ? Al Quran mana dia pakai ? Hadith mana dia rujuk ? Ulama' mana dia bertanya ?

Sedutan Akhbar B.Harian Online - Ahad 02 Ogos 2009

PAPAR: Kerajaan akan terus mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak akan bersetuju dengan penghapusan akta tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

"Saya sering kali menjawab bagi pihak kerajaan bahawa kita tidak akan menghapus melainkan untuk kaji semula bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai ruang untuk penyalahgunaan kuasa.

"Jadi saya ingin menyatakan di sini bahawa menghapuskan ISA itu bukan agenda Barisan Nasional," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran blog dan web Pemuda Umno Papar di sini.
Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberi contoh, antara perkara yang boleh dipertimbangkan adalah pengurangan tempoh ditahan dari 60 hari kepada 30 hari.

Hari ini badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang membantah undang-undang itu mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kira-kira 200 orang yang terbabit dengan perhimpunan haram itu ditahan sehingga jam 4 petang ini.

Ulasanku ; Buatlah apa selagi kamu berkuasa, berusia dan sebelum malaikat datang meragut nyawa. Ingatlah ancaman Allah tentang manusia yang menolak ayat-ayatNya serta beranggapan perlembagaan ciptaan mereka yang terbaik; والذين كذبوا بأيتنا واستكبروا عنها لا تفتح لهم أبواب السماء ولا يدخلون الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط


Thursday, July 30, 2009

Jiwa Muda Anak-anak Muda

Salam

Benarlah sebagaimana disebut, anak-anak muda sekarang ni jiwa hanyut, mental kacau...budaya hidonesme..macam-macam..tak perlu dibebel atau diluahkan..takde faedah..

1 Ogos 2009 bakal mencorakkan 1 warna baru.Himpunan Mansuhkan ISA...bila dijengok2 ke blog, facebook, twitter dan ruang-ruang sembang anak-anak muda. remaja dan belia..seolah macam tiada apa-apa yg bakal berlaku sedangkan 1 Ogos ini bumi Malaysia akan bergegar dan digegarkan oleh 2 kumpulan ...MAGARAN dan GMI...anak-anak muda di mana ye??



Tuesday, July 28, 2009

شعبان

اليوم ستة من شعبان

Hari ni dah masuk hari ke 6 Syaaban..dengan lain perkataan kurang lebih 3 minggu lagi utk menyambut Ramadhan. Teringat semasa belajar di Mesir dulu...bila saja Ramadhan hampir menjelma, suasana berubah jadi meriah. Kedai-kedai memasang lampu dan sesetengah tu siap buat mini banner ...Ahlan Ya Ramadhan...

Semua tu telah berlalu.... September 1999 mula jejak kaki di Mesir .... Mei 2000 balik ..Julai 2000 balik Mesir .... Mei 2001 balik lagi dan bercuti panjang dan sempatmerasai hidup membujang bersama-sama kawan di Seri Gombak. Sambi tu ambil Diploma Syariah (short course sb transfer credit Kusza)... September 2002 kahwin....2 minggu pastu ke Jordan...2 minggu pastu terbang ke Mesir dan 2 minggu pastu balik semula ke Jordan.....2006, April balik Malaysia....

Alkisahnya...Ramadhan di negara Arab lebih meriah dan 'hidup' berbanding Ramadhan di Malaysia Al Hadhari

Friday, July 24, 2009

Hari Rabu ......

Orang tua-tua kata..elok2 kalu nak wat gapo2 pada hari Rabu kena hati-hati dan kalu boleh elak dari buat sesuatu pada hari Rabu..... Rabu = Kerabu ...

Teringat saman JPJ - potong double line...

Berlaku pada hari Rabu,...sebab tu boleh pakai jugak ler sebab saman..RM200. Naik court, rayuan R50....agak menDUKACITAkan...

Tapi Rabu yang sama, hujan turun...itu RAHMAT...

Dan pada Rabu di hari Rabu yang sama...dipertemukan dengan 12 peserta baru Daurah Tamhidi Medic Mesir. Alhamdulillah..ukhuwwah makin luas. Ada abang Tasneem..Pun gitu, 2 peserta meniadakan diri...adakah kerana hari itu hari rabu ??

Fateha & Asiah

Padat..
Alhamdulillah w'pun dlm kepadatan jadual harian, dapat juga menghadirkan diri ke majlis kesyukuran utk Nur Fateha Anuar Tan di Panji dan Ct Asiah Zaidi di Ketereh. Kuzi kambing yang dinikmati selepas solat hajat tadi mampu membodek keletihan akibat terkejar-kejar ke sana. Maklumlah, sebolehnya permintaan utk imamkan solat hajat dapat ditunai.

Gembira dan Duka..
Kegembiraan terserlah diwajah mereka berdua, almaklumlah...nama sudah muqayyad dan lambaian Ardhul Kinanah semakin terbayang. Begitu juga dgn kedua ayahbonda mereka, rasa puas anak yang dikandung, ditimang dan didokong akan ke Bumi Para Nabi menimba ilmu sebagai jaminan masa hadapan. Pun gitu, jauh di sudut hati, kesedihan tetap ada..manakan tidak, berjauhan dengan anakanda tersayang bukan suatu perkara yang sedih.

Airport...
Realiti, tiap kali keberangkatan pelajar ke Benua itu, mengundang titisan air mata si ibu. Si bapa cekal, walaupun hatinya menangis tapi sekadar di hati. Wajah si AYAH cuba mengukir pesona suka,walaupun hatinya sedang menangis..bukan kerana dia malu matanya berair di airport mengiringi anakandanya tetapi itulah hebatnya LELAKI..

Sahabat....
Tabik buat Firdauz yang datang jauh dari KL nun di sana meraikan sahabatnya. Inilah yang dikatakan sebagai sahabat sejati...

Thursday, July 23, 2009

Hujan dan Lilin...

Tentang hujan ini....
Buat malam ke-2, rahmat Ilahi turun lagi malam ni. Alhamdulillah..Memang siang tadi ramai yg jangka malam ni hujan lagi krn cuaca panas terik sebagai tanda..tapi approval utk malaikat turunkan hujan malam ni adalah dgn kuasa Nya jua...

Lilin itu.... Tertarik sedikit dgn isu nyala lilin...YAB Nizar, YB Idham terlibat..dgn lain kata, saf pimpinan Parti Islam yang terlibat, maka dah terjangka berdentumlah keluar fatwa (?) dan pandangan politik..ni yg seronok jadi pemerhati politik..tidak bias to any political party..insyaAllah pe jua yg berlaku kita dpt menceduknya sebagai ILMU. Kalau bias, sekadar suatu polimek, situasi semasa sahaja.. Atas dasar tidak bias inilah, pendapat TG Nik Aziz amat menarik hati .... "Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur.Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni," ujarnya.

Boleh nampak tak ? Cuba sekejap kita ketepikan batang tubuhTGNA sebagai Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar bagi sebuah kerajaan PAS..kita highlightkan sejenak TGNA seorang ULAMA, seorang FAQEH..adakah statement beliau itu bias dan menyokong Nizar&Idham Lim ataupun beliau bercakap atas dasar ILMU? Bagi saya....inilah ILMU...dan betapa indahnya ILMU serta ISLAM itu... Yang jelas, kita akan SELAMAT di sini dan di sana selama mana berjalan di atas ILMU berpaksikan ISLAM..

WalLahu a'lam

Meeting oh Meeting...

Setelah sekian lama (2 bln lebih kot) ATSB Teamwork tak duk semeja, alhamdulillah tadi dah dpt bersama hampir 2 jam. Just discuss 5 issues je. Teacher chair this meeting&all our staff get involved...w'pun sbl ni, CEO yg call meeting tp sejak akhir2 ni dia sibuk memanjang...

Otak pun release pas meeting bila semua issue selesai dgn baik.. Benarlah pesan Rasul suruh mesyuarat...

Wednesday, July 22, 2009

Ada Orang Tanya...

"Kalu BIRU, kena royat BIRU..kalu HIJAU pun kena ngaku HIJAU..jange dok klok-klek tok tau hok mana so"...
begitu ler soalan seorang kawan yang baru dikenali beberapa jam tadi. Nampaknya beliau begitu bersungguh ingin tahu political standing saya..maaflah, saya bukan PAS dan bukan juga UMNO..itu pasti !!! Cuma kekadang kalau saya bercakap mirip kepada UMNO, itu kerana saya bersetuju oleh sebab apa yg dibawa/perkara telah selari dgn tuntutan Nya dan begitulah sebaliknya.

"Demo ni, PAS pun demo gomo, UMNO pun demo tebas..."
itulah saya...bukan maknanya saya 'gomo' dan 'bantai' PAS kerana saya marahkan PAS atau sebaliknya dan begitu juga andai saya mencantas UMNO bermakna saya anti-UmNO..tidak begitu.

Pada saya.............
PAS dan UMNO..kedua-duanya Parti Milik Orang Melayu. Itu yang pertama. Persoalan perjuangan itu boleh nak letak pe je..Kalu letak ISLAM sebagai TERAS, letak je lah sebab tang nak laksana belum tentu terlaksana bahkan kekandang menjadi bahan komoditi sahaja. Kalu nak letak MELAYU sebagai TERAS pun, letak je lah sebab nanti (dan sebelumnya) kekadang hanya membela dan memelihara kaum kerabat serta anak beranak jua.

Kesimpulannya...
buatlah apa-apa pun, kubur masing-masing............

Masa

Cepatnya masa berlalu, hari ni Khamis dah. Banyak kerja belum selesai ditambah banyak lagi idea yang belum tertunai. Kadang-kala bimbang kot-kot jadi macam...
مثل الذين حمّلوا التواة ثمّ لم يحملوها كمثل الحمار يحمل أسفارا بئس مثل القوم الذين كذّبوا بئايلت الله والله لا يهدى القوم الظالمين

Solat Sunat...

Wat tak solat sunat gerhana pagi tadi ?...benda ni bukan tiap-tiap hari...sekali setahun pun belum tentu....Utk sahabatku Rohaizol, senyum-senyumlah selalu...Bila berlalau GERHANA, cahaya suluh PURNAMA akan menjelma...

Gerhana datang lagi

Salam...
Gerhana datang lagi, antara paling lama pernah berlaku. Em, gerhana...dan nampaknya poket hari ni pun gerhana dek dapat Surat Jemputan dari JPJ di Bukit Jawa - potong double line!!!
Memang gerhana...........